Wednesday, April 29, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 1

Johari Bin Abd Rahman

Johari merupakan anak bungsu,
Dilahirkan pada 1 Jun 1926 di Kg Buang Sayang Papar,
Lahir sebagai anak yatim, berbangsa Brunei,
Ayah beliau meninggal dunia,
Semasa usia beliau, 7 bulan dalam kandungan ibu.

Namun ....
Beliau tidak pernah ketandusan kasih sayang,
Ibu, abang dan kakak-kakak sentiasa ada di sisi,
Melimpahi kasih dan sayang tanpa sempadan,
Pun begitu, setiap malam dan di pagi Hari Raya,
Hati dan jiwa sentiasa resah,
Sedih mengenangkan nasib diri,
Membesar tanpa mengenal,
Juga tanpa merasai kasih seorang ayah.

Azam di hati ....
Sekiranya berkahwin dan punyai cahaya mata,
Didikan sempurna akan diberi,
Kasih dan sayang juga dilimpahi,
Selagi hayat dikandung badan ....

Beliau sempat bersekolah hingga ke Darjah 6,
Pandai berbahasa Jepun ketika itu,
Penuh didikan agama termasuk pandai menggaji Alquran.

Dayang Fatimah Binti Abbas

25 Ogos 1928, di Kg Sungai Padang Papar,
Lahir seorang bayi comel, merupakan anak sulong,
Dayang Fatimah diberi nama,
Dari kecil hingga remaja,
Beliau dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Berketurunan Sino-Dayak,
Bapa beliau seorang anggota Polis,
Mama beliau pula,
Walaupun suri rumah sepenuh masa,
Rajin dan gigih berniaga dari rumah ke rumah,
Cekap dalam kerja tangan,
Sseni sulam menyulam.
Namun ....
Beliau tidak diberi kesempatan untuk ke bangku sekolah,
Walau keinginan sentiasa membara dihati,
Melihat jiran sebaya berlumba-lumba,
Menimba ilmu penuhkan dada.

Azam di hati ....
Sekiranya berkahwin dan punyai anak-anak perempuan,
Sudah pasti diberi peluang,
Sama seiring dengan anak lelaki,
Belajar hingga ke peringkat tertinggi,
Bidang agama dan juga akademik.