Wednesday, May 20, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 10

Walaupun melangkah ke usia 50 an
Usaha gigih diteruskan juga
Istilah rehat selaku pesara tidak dapat dilakukan
Anak bungsu baru belajar di tadika
Yang lainnya di sekolah rendah dan menengah

Dengan bantuan anak-anak yang berkerja
Sebuah kedai di Pantai Manis dibeli jua
Suami isteri berniaga di sana
Demi meneruskan kehidupan keluarga
Belanja persekolahan perlu disedia

Sebelum masuk waktu solat Subuh
Anak-anak dibangunkan untuk bersedia
Berwuduk untuk mengaji sama
Kemudiannya solat Subuh berjemaah
Itulah rutin harian sekeluarga

Demi mempastikan anak-anak berjaya
Ilmu akhirat dan ilmu dunia
Demi kasih mama dan bapa
Sebelum ke sekolah
Anak-anak dimestikan bersarapan sama
Seteko susu pasti ada

Semua dibekalkan dengan sebiji roti

Wang saku tidak terkecuali

Walau sedikit amat bermakna

Toyota Station wagon putih dipandu bapa

Menghantar anak-anak semua ke sekolah

Sunday, May 17, 2009

Gambar kenangan arwah Datuk dan mama
Datuk Dayang Nur Alam Binti Ag Buntar
mama Hjh Dg Fatimah Binti Hj Abbas

Arwah nenek lelaki dan nenek perempuan
Hj Abbas Bin Ebi
Hjh Dayang Hapipah @ Pipun Binti Kikil

Keturunan Arwah Bapa & Mama

Untuk rekod dan pengetahuan semua anak cucu/cicit ...

Sebelah Bapa, Johari Bin Abd Rahman:

> Awang Jair keturunan Brunei dan mempunyai 2 orang isteri:

Isteri pertama di Brunei, keturunan Brunei. Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu:

1. Dayang Hamidah Binti Awang Jair
2. Awang Abd Rahman Bin Awang Jair
3. Awang Sarudin Bin Awang Jair

Isteri kedua di Sabah, keturunan Dusun Limputong Papar. Mereka mempunyai 5 orang anak iaitu:

1. Dayang Besar Binti Awang Jair
2. Dayang Hajar Binti Awang Jair
3. Dayang Adi Binti Awang Jair
4. Awang Sulaiman Bin Awang Jair
5. Dayang Fatimah Binti Awang Jair

> Awang Buntar keturunan Brunei beristeri keturunan Brunei. Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu:

1. Awang Moksin Bin Awang Buntar
2. Awang Matusin Bin Awang Buntar
3. Dayang Mutiara Binti Awang Buntar
4. Dayang Fatimah Binti Awang Buntar

> Awang Abd Rahman Bin Awang Jair kahwin Dayang Mutiara Binti Awang Buntar. Mereka mempunyai 5 orang anak, iaitu:

1. Awang Sabudin Bin Awang Abd Rahman
2. Awang Ismail Bin Awang Abd Rahman
3. Dayang Zubaidah Binti Awang Abd Rahman
4. Dayang Aishah Binti Awang Abd Rahman
5. Awang Johari Bin Awang Abd Rahman


Sebelah mama, Dayang Fatimah Binti Abbas:

> Ebi keturunan Dayak (Kg Sibuti Sarawak) kahwin Sidam (nama Islam Aishah) keturunan Kadazan Papar. Mereka mempunyai 2 orang anak, iaitu:

1. Aman Bin Ebi
2. Abbas Bin Ebi

> Kikil Bin Orang Kaya Setia Bakar keturunan Acheh kahwin Dayang Nur Alam Binti Awang Buntar keturunan Brunei. Mereka mempunyai 6 orang anak, iaitu:

1. Dayang Uban Binti Kikil
2. Dayang Azizah @ Jijun Binti Kikil
3. Awang Osman Bin Kikil
4. Dayang Amit Binti Kikil
5. Dayang Hapipah @ Pipun Binti Kikil
6. Dayang Aishah @ Engson Binti Kikil

> Abbas Bin Ebi kahwin dengan Dg Hapipah @ Pipun Binti Kikil. Mereka mempunyai 4 orang anak, iaitu:

1. Dayang Fatimah Binti Abbas
2. Halimah Binti Abbas
3. Aminah Binti Abbas
4. Ahmad Bin Abbas


Keluarga Besar Johari:

Awang Johari Bin Awang Abd Rahman kahwin dengan Dayang Fatimah Binti Abbas. Mereka mempunyai 16 orang anak. Sila rujuk Rekod May 2009 mengenai KELUARGA JOHARI TIGA GENERASI

Friday, May 15, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 9

Suami isteri bersyukur tidak terhingga,
Ketika tubuh badan cergas dan kuat,
Telah melakukan Rukun kelima,
Keluarga pula semuanya selamat,
Doa dipohon di depan Kaabah,
Anak-anak berjaya, beriman dan sihat.

Sebelum mencapai umur 50 tahun,
Anak sulong dan ke 2 telah berkahwin,
Si suami mengambil keputusan,
Balik ke kampung halaman,
Meneruskan kehidupan seharian,
Sebagai pesara dan orang awam.

Si bungsu berusia 2 tahun setengah,
9 orang lagi di sekolah rendah dan menengah,
Mohd Yaakub anak kelima,
Sedang menuntut di luar negara,
Ditaja oleh Yayasan Sabah,
Anak ke 4 pun baru bekerja,
Graduan dari Institute Teknoloji Mara.

Walaupun kehidupan seharian susah,
Suami isteri meneruskan usaha,
Mengembeling tenaga bersama-sama,
Pencen pesara berapalah saja,
Anak-anak perlu pendidikan sempurna,
Demi keluar dari kemelut derita.

Anak-anak yang bekerja membantu sama,
Menghulurkan gaji bulanan kepada mama,
Demi adik-adik yang masih bersekolah,
Membantu sama untuk membuat rumah,
Untuk tempat berteduh keluarga,
Setelah bapa menjadi pesara.

Alhamdulillah,
Kakak-kakak bertimbang rasa,
Dengan ikhlas membantu keluarga,
Agar adik-adik sama berjaya,
Kemiskinan hidup perlu diubah,
Ke arah masa depan yang cerah.

Tuesday, May 12, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 8

Allah ada di mana-mana,
Memberi pada yang meminta,
Walau anak bertambah-tambah,
Berkat sabar, usaha dan doa,
Rezeki diberi melimpah ruah.

Di tahun 1973,
Suami isteri insaf dan redha,
Berpeluang mengerjakan rukun kelima,
Menjejakkan kaki ke Makkah dan Madina,
Allah maha berkuasa, bagai tidak percaya,
Kesempitan hidup, besarnya keluarga.

Tatkala datang lambaian Kaabah,
Dijemput menjadi tetamu Allah,
Dikala usia mereka mencecah,
45 tahun umur si isteri,
47 tahun pula si suami,
Menunaikan Fardhu Haji di tanah suci.

Demi memenuhi tuntutan agama,
Dengan azam tekad yang sama,
Si bungsu, Shamsul setahun setengah,
Tinggal Shamsul, tinggal semua,
Kedua ibu bapa si isteri datang ke rumah,
Membantu dan sama menjaga.

Anak ke 3, Hamsiah namanya,
Memikul tanggung jawab sepenuhnya,
Disamping nenek berdua,
Mempastikan adik-adik bersekolah,
Pergi dan balik selamat sejahtera,
Adik-adik yang kecil dijaga juga.

Di masa ketiadaan suami dan isteri,
40 hari di tanah suci,
Alhamdulillah, berkat Illahi,
Semua masaalah dapat diatasi,
Bayangkanlah adik-adik yang dilindungi,
10 semuanya, 7 perempuan dan 3 lelaki.

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allah maha besar, Allah maha besar.

Saturday, May 9, 2009

Program Keluarga / Majlis Ilmu

Sebagai satu daripada langkah-langkah untuk mengeratkan tali silatulrahim di kalangan keluarga besar Johari, program bulanan telah dirancang, iaitu Majlis Ilmu. Acara dimulai dengan Bacaan Yasin. dengan diikuti Bacaan Doa Selamat/Tahlil dan seterusnya Tazkirah untuk pengisian semua ahli keluarga. Ringkasnya, objektif-objektif program bulanan ini adalah seperti berikut:

> Meningkatkan mutu bacaan Yasin di kalangan ahli keluarga

> Meningkatkan ilmu pengetahuan di bidang Agama

> Merapatkan tali silatulrahim / mengeratkan ikatan kekeluargaan

Untuk rekod, program-program yang telah dijalankan adalah seperti yang disenaraikan:

1. 04 Disember 2008
Rumah Hjh Misliah / Hj Ibrahim
Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi
Tajuk Tazkirah: Persediaan Ke Alam Barzakh Siri 1

2. 19 Disember 2008
Rumah Hjh Hamidah / Hj Awang Tangah
Nur Ikhwani Villa, Kg Pandan-Pandan Putatan
Tajuk Tazkirah: Persediaan Ke Alam Barzakh Siri 2

3. 09 January 2009
Rumah Norhayati / Shamsul Bahri
Nur Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tajuk Tazkirah: Pemantapan Akidah Islamiah Siri 1

4. 14 February 2009
Rumah Hamsiah / Ramlee
Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi
Tajuk Tazkirah: Pemantapan Akidah Islamiah Siri 2

5. 21 March 2009
Rumah Norhayati / Shamsul Bahri
Nur Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tazkirah di tukar dengan Solat Tasbih

6. 03 July 2009
Rumah Lina / Ridzwan
D Putih Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tajuk Tazkirah: Taubat

Majlis diakhiri dengan semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan secara potluck. Semoga Allah sentiasa memberkati semua Majlis yang telah / akan dianjurkan, inshaAllah ..

Liku-Liku Kehidupan / Bab 7

Kehidupan perlu diteruskan,
Episod sedih dalam kenangan,
Kakak-kakak sama menguruskan,
Memasak, mengemas, membasuh pakaian,
Menjaga adik juga mengasuh yang dalam buaian.

Keperitan hidup perlu diubah,
Anak-anak yang besar membantu sama,
Mengurangkan beban yang tengah dialami,
Kain baju dijahit sendiri,
Buku sekolah second hand dibeli,
Menjual kuih setiap pagi.

Walaupun sibuk pagi dan petang,
Mendidik anak tidak dilupakan,
Solat Maghrib berjemaah diamalkan,
Setiap malam mengajar Al-Quran,
Pekerti yang baik juga diterapkan.

Satu demi satu anak melanjutkan pelajaran,
Demi kehidupan cerah di masa hadapan,
Juga adik-adik yang perlukan bantuan,
Anak ke 3, Hamsiah berkorban,
Untuk tidak menyambung pelajaran,
Demi adik-adik yang perlu penjagaan.


Gambar kenangan bersama anak
ke 13 & 14, Suzanah dan Suryani

Dirakamkan di depan rumah Sandakan di pertengahan 1969

Friday, May 8, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 6

Di awal tahun 1972,
Musibah menimpa keluarga,
Anak ke 13, bernama Suzanah,
Sewaktu 4 tahun umurnya,
Semasa bermain di luar rumah,
Bersama dengan rakan sebaya.

Terjatuh diparit besar yang mengalir airnya,
Ke lautan luas yang ganas ombaknya,
Mujur Suzanah berbaju terang warnanya,
Merah jambu mudah kelihatannya,
Rakan berlari datang ke rumah,
Dalam takut mengkhabarkan berita.

Suzanah hanyut, dilambung ombak,
Si isteri meraung, menangis pilu,
Yang lain juga berlari anak,
Sambil berfikir apa yang perlu,
Demi menyelamatkan seorang kanak-kanak,
Daripada lemas,
Di lautan ganas.

Dengan berserah kepada Allah,
Memohon doa dalam tangisan,
Kebetulan si suami tiada di rumah,
Kerana bekerja di luar kawasan,
Seorang hamba Allah terjun ke lautan,
Menyelamatkan Suzanah dari tenggalam.

Anak ke 4, Shafiah diarahkan,
Ke pejabat bapa disuruh mengkhabarkan,
Melalui radio call sebagai penghubungan,
Keadaan Suzanah yang dalam kecemasan,
Dihantar ke hospital untuk diselamatkan,
Si suami balik dari luar kawasan,
Tergesa-gesa tanpa menunggu siang.

Sebuah keluarga seisi rumah,
Mengucap syukur ke hadrat Allah,
Suzanah selamat dari mala petaka,
Suami isteri mengingatkan semua,
Jauhi laut walau di mana,
Demi keselamatan se isi keluarga.

Thursday, May 7, 2009



Dirakamkan di depan rumah Batu 1 1/2 Sandakan - 1972

Suzanah, Suryani dan Shamsul Bahri


Dirakamkan di depan rumah Sandakan pada pertengahan 1968
Ramlah, Misliah, Khadijah, Hamidah, Ishak, Mastia, Khalid dan Suzanah


Anak-anak, sila kenal pasti ibu / ayah masing-masing ...

Liku-Liku Kehidupan / Bab 5

Sandakan tempat beberapa kelahiran,
Sebelum melangkah ke tahun 1970 an,
4 cahaya mata, 1 lelaki dan 3 perempuan,
Keluarga bertambah bilangan,
Berbagai cabaran dan dugaan.

Demi keluarga yang tercinta,
Untuk anak-anak sempurna dewasanya,
Disamping berjualan kuih di kawasan rumah,
Menjahit baju mengambil upah,
Dibantu oleh 4 anak perumpuan yang ada,
Aishah, Saadiah, Hamsiah dan Shafiah.

Membuat tudung saji beranika rupa,
Dijadikan hiasan di dinding rumah,
Dijual dari rumah ke rumah,
Kg Sim-Sim hingga Bokara,
Si isteri bersama dengan anaknya,
Anak ke 4, Shafiah namanya.

Penghujung April 1970 menyaksikan,
Peristiwa sedih dan pilu kerana kepulangan,
Tanpa sebarang sakit dan penderitaan,
Anak ke 15, bayi comel perempuan,
Berkulit puteh kemerah-merahan,
Suraya meninggal di usia 4 bulan.

Tahun 1971 berlainan pula cabaran,
Pasangan menguruskan majlis perkahwinan,
3 April 1971 tarikh pernikahan,
Anak sulong, Aishah dan pasangan,
Majlis sepakat telah dijalankan,
Kg Buang Sayang Papar, tempat kelahiran.

Gembira mendapat menantu,
Keluarga tambah bahagia,
Anak bungsu lahir penghujung Oktober 1971,
Shamsul Bahri diberi nama,
Walau cahaya mata 15 bilangannya,
Kelahiran si bungsu amat bermakna.

Kasih sayang penuh dicurah,
Anak-anak lain dikasihi sama,
Agar menjadi insan berguna,
Suami isteri gandakan usaha,
Doa dipohon tanpa jemu dan lelah.

Tuesday, May 5, 2009

1st Johari Family Day 2004

The 1st Johari Family Day was held in 2004, participated fully by family members residing at Papar and Kota Kinabalu. The programme was held at Tanjung Aru First Beach, located in between Tanjung Aru Golf and Yatch Club and Shangrila Tanjung Aru Beach Resort.

Mama was there, of course, as the head of the family. 11 out of 15 of the Johari siblings were around together with their own families i.e. spouses, children, in laws and grand children. In total, there were around 80 family members who turned up for the Day.

The day started at 8.30 am with prayer followed by the cutting of birthday cakes, aerobics led by a qualified instructor and sukaneka for the children, games for teenagers and the parents. Practically, there was every thing for every one. Thanks to the thoughtfullness of the Organizing Committee. The families had an enjoyable day, children had lots of fun, teenagers had lovely time and most importantly, family ties were enhanced.

Food and drink was on pot-luck basis. Every family was only too eager to show of their skill in food preparation and cooking. There were ample food for everyone. Diet was forgotten as people could not resist the temptation of such delicious servings.

The programme ended at 4 pm with prize presentation and exchange of gifts amongst family members. Everyone had a good time.

To the Organizing Committee led by Mastia and assisted by Suryani, Suzannah and Sahlizah, Congratulations and Well Done ....

















Monday, May 4, 2009




Gambar kenangan
mama bersama arwah bapa

Dirakamkan di rumah Sandakan
di penghujung tahun 1960 an

Liku-Liku Kehidupan / Bab 4

Anak-anak makin dewasa,
Berbagai keperluan perlu disedia,
Sekolah rendah dan juga menengah,
Semuanya perlukan belanja.
Suami isteri tingkatkan usaha,
Untuk menambah pendapatan keluarga.

Disamping sentiasa ingatkan Allah,
Agar rezeki melimpah ruah,
Demi keluarga yang tercinta,
Berjimat cermat diamalkan jua,
Suami isteri bijak berbelanja,
Masaalah timbul dibincang sama.

Juga berbudi kepada tanah,
Bercucuk tanam di belakang rumah,
Walau halaman tak besar mana,
Lautan luas di tepi rumah.
Sumber rezeki ada di sana,
Ikan, udang, ketam semuanya ada,
Suami isteri bersama-sama,
Memukat memancing di kala senja.

Susah senang dipikul sama,
Hidup keluarga bertambah makna,
Isteri bersyukur dengan jodohnya,
Suami tercinta penyayang sifatnya,
Walau penat seharian bekerja,
Ringan tulang membantu sama,
Membuat kuih dijual paginya.

Suami beri perhatian sepenuhnya,
Pastikan masa depan anak-anak cerah,
Di kala peperiksaan menjelang tiba,
Makan minum akan-anak dijaga,
Membasuh pakaian dilakukan juga,
Anak-anak mengulang kaji selesa,
Pengorbanan bapa tidak terhingga,
Sepanjang hayat tidak dilupa.

Sunday, May 3, 2009


Gambar kenangan bersama dengan 11 orang cahaya mata:

Aishah, Saadiah, Hamsiah, Shafiah, Mohd Yaakub, Ramlah, Misliah, Khadijah, Hamidah, Ishak dan Mastia

Dirakamkan di Sandakan pada awal tahun 1965

Liku-Liku Kehidupan / Bab 3

Dari Tawau, berpindah pula ke Pejabat Polis Kepayan,
Keluarga semakin bertambah,
Dengan kelahiran 4 lagi puteri-puteri,
Dan seorang putera.

Di usia perkahwinan 19 tahun,
Cabaran demi cabaran sabar ditempuhi,
Membesarkan 10 orang anak-anak,
8 perempuan dan 2 lelaki,
Pasangan gigih berusaha,
Mempastikan anak-anak berjaya,
Menjalani kehidupan bahagia,
Juga mendapat pendidikan sempurna.

Si isteri membantu sama,
Meningkatkan ekonomi keluarga,
Berbekalkan bakat seni yang diwarisi,
Upah menjahit juga menyulam,
Menyediakan jamuan juga hidangan,
Mengambil upah mendobi pakaian,
Kuih muih jadi jualan,
Anak-anak membantu sama,
Menjual kuih muih di sekolah.

Dalam kesibukan berusaha,
Si suami sentiasa mempastikan,
Anak-anak diberi ilmu agama,
Disamping mengaji Al-Quran,
Sudah menjadi rutin harian,
Sebelum masuk waktu solat Maghrib,
Makan malam dinikmati keluarga.

Di tahun 1964, si suami lagi ditukarkan,
Dari Kepayan ke Pejabat Polis Sandakan,
Menjelang 20 tahun usia perkahwinan,
Seorang lagi puteri dilahirkan,
Di masa proses melahirkan,
Si isteri bertarung nyawa, darah keluar tidak berhenti,
Tumpah darah, bahasa kami.

Si suami menangis memohon doa,
Selamatkan lah isteri tercinta,
Allah pencipta alam melihat semuanya,
Mendengar rintihan dan doa,
Syukur Alhamdulillah,
Ibu dan bayi selamat akhirnya,
Anak ke sebelas, Mastia namanya.


Gambar kenangan bersama anak ke 4 dan ke 5, Shafiah & Mohd Yaakub

Dirakamkan di awal tahun 1956


Gambar kenangan bersama 4 orang cahaya mata: Aishah, Saadiah, Hamsiah dan Shafiah

Dirakamkan di pertengahan tahun 1954

Liku-Liku Kehidupan / Bab 2

Lelaki 18 tahun dan si gadis baru 16 tahun,
1944 tahun bersejarah yang menyaksikan,
Kedua remaja melangkah ke alam rumahtangga,
Di kampong halaman Papar, di zaman penjajah,
Jepun tengah memerintah.

Rumah tangga dilimpahi rahmat dan kebahagiaan,
Kelahiran puteri setelah usia,
Perkahwinan menjangkau tahun ketiga,
Aishah diberi nama, Dayang nama timangan,
Gembira tidak terhingga disamping bangga,
Menjadi bapa dan mama, walau di usia muda.

Si suami bekerja sebagai telephone operator,
Si isteri pula suri rumah sepenuh masa,
Setelah memperolehi 4 orang puteri-puteri ,
Kehidupan pasangan tambah bahagia dan berseri,
Dengan kelahiran putera yang dinanti-nanti.

Mohd Yaakub diberi nama,
Lahirnya di Tawau di tahun 1955,
Awang, gelaran rumah,
Lahirnya setelah suami bertukar kerja,
Sebagai pegawai Polis di tahun kedua.

Sepuluh tahun hidup bersama,
Rumah tangga aman bahagia,
Cahaya mata lima kesemuanya,
Cabaran demi cabaran ditempuhi sama.

Anak-anak di didik ilmu agama,
Seiring dengan ilmu dunia,
Semoga Allah berkati usaha,
Kehidupan seterusnya beroleh jaya.

Gambar klassik mama di usia meningkat remaja

Dirakamkan di penghujung tahun 1930 an



Arwah bapa dalam kenangan

1 Jun 1926 -

19 September 2003

Al-Fatihah ...

Friday, May 1, 2009

Keluarga Johari Tiga Generasi

Johari Bin Abd Rahman kahwin Dg Fatimah Binti Abbas
01/16 Aishah Binti Johari
02/16 Saadiah Binti Johari
03/16 Hamsiah Binti Johari
04/16 Shafiah Binti Johari
05/16 Mohd Yaakub Bin Johari
06/16 Ramlah Binti Johari
07/16 Misliah Binti Johari
08/16 Khadijah Binti Johari
09/16 Hamidah Binti Johari
10/16 Ishak Bin Johari
11/16 Mastia Binti Johari
12/16 Khalid Bin Johari
13/16 Suzanah Binti Johari
14/16 Suryani Binti Johari
15/16 Suraya Binti Johari (meninggal di usia 4 bulan)
16/16 Shamsul Bahri Bin Johari


Aishah Binti Johari kahwin Mahali Bin Ismail (Kg Buang Sayang, Papar)
1/6 Sahlizah Binti Mahali
2/6 Sahlinah Binti Mahali
3/6 Sahlifah Binti Mahali
4/6 Sahlilah Binti Mahali
5/6 Sahlidah Binti Mahali
6/6 Shadia Nadiah Binti Mahali

Sahlizah Binti Mahali kahwin Iskandar Bin Ahmad (Kg Sg Padang, Papar)
1/2 Balqis Nabilah Binti Iskandar
2/2 Zarith Ariqah Binti Iskandar

Sahlifah Binti Mahali kahwin Ismail Bin Madahin (Telupid, Sandakan)
1/3 Ismaniesha Binti Ismail
2/3 Isnatasha Binti Ismail
3/3 Isnajmi Qasrina Binti Ismail

Sahlilah Binti Mahali kahwin Mahdi Bin Shari (Sibu, Sarawak)
1/2 Nanda Insyirah Binti Mahdi
2/2 Muhammad Idham Mikhail Bin Mahdi

Saadiah Binti Johari kahwin Mohd Tahir Bin Awang Hashim (Kg Buang Sayang, Papar)
1/5 Sahirul Ridzwan Bin Mohd Tahir
2/5 Hirdayati Binti Mohd Tahir
3/5 Hirdayana Binti Mohd Tahir
4/5 Sahizul Hazwan Bin Mohd Tahir
5/5 Ahmad Tarmizi Bin Mohd Tahir

Sahirul Ridzwan Bin Mohd Tahir kahwin Dg Alinah Binti Sulaiman (Kg Bangka-Bangka, Likas)

Hirdayati Binti Mohd Tahir kahwin Ahmad Jaidi Bin Tokeh (Kota Belud)
1/3 Nur Zawanah Zahraa Binti Ahmad Jaidi
2/3 Qistina Aqilah Binti Ahmad Jaidi
3/3 Muhammad Adieb Iskandar Bin Ahmad Jaidi

Hirdayana Binti Mohd Tahir kahwin Mohd Maseri Bin Abd Hamid (Kuala Selangor)
1/2 Adriana Batrisha Binti Mohd Maseri
2/2 Ariana Khalisha Binti Mohd Maseri

Hamsiah Binti Johari kahwin Ramlee Bin Awang Tangah (Kg Buang Sayang, Papar)
1/4 Syaznurul Norliham Binti Ramlee
2/4 Syazwanny Nuraihan Binti Ramlee
3/4 Syazwan Firdaus Bin Ramlee
4/4 Safwanny Farhana Binti Ramlee

Syaznurul Norliham Binti Ramlee kahwin Mohd Azri Bin Kallam (Sandakan)
1/1 Muhammad Waiz Al-Attar Bin Mohd Azri

Syazwanny Nuraihan Binti Ramlee kahwin Nor Azuady Bin Abd Rahim (Kelantan)
1/2 Nur Alieya Nadira Binti Nor Azuady
2/2 Nur Afia Sofea Binti Nor Azuady

Shafiah Binti Johari kahwin Hairuman Bin Asmaran (Sandakan)
1/4 Khairul Faisal Bin Hairuman
2/4 Intan Faeza Binti Hairuman
3/4 Khairul Fahmie Bin Hairuman
4/4 Intan Fariza Binti Hairuman

Khairul Faisal Bin Hairuman kahwin Tengku Azizah Binti Tengku Mohd Yusof (Terengganu)

Intan Faeza Binti Hairuman kahwin Hazimin Bin Yusof (Kedah)
1/1 Haziqa Irdina Binti Hazimin

Mohd Yaakub Bin Johari kahwin Mariam Binti Awang Mahmun (Kg Benoni, Papar)
1/6 Nurul ‘Alam Binti Mohd Yaakub
2/6 Mohd Nasaruddin Bin Mohd Yaakub
3/6 Nurul Ain Binti Mohd Yaakub
4/6 Nurul Hana Binti Mohd Yaakub
5/6 Nurul Azah Binti Mohd Yaakub
6/6 Mohd Shaharudin Bin Mohd Yaakub

Ramlah Binti Johari kahwin Omar Bin Jaafar (Kawang, Papar)
1/6 Marzahnurul Ramzany Binti Omar
2/6 Marsyahnizam Ramdzi Bin Omar
3/6 Marzayyani Ridzuan Bin Omar
4/6 Nur Izyanie Raihan Binti Omar
5/6 Nur Izzuddin Zawanie Bin. Omar
6/6 Nur Izwanie Zaihan Binti Omar

Marzayyani Ridzuan Bin Omar kahwin Faranieza Binti Abd Gapar (Johor)
1/2 Fara Syazwanie Binti Marzayyani Ridzuan
2/2 Fara Aleesya Qistina Binti Marzayyani Ridzuan

Misliah Binti Johari kahwin Ibrahim Bin Majid (Kg Binsulok, Membakut)
1/4 Ilyani Binti Ibrahim
2/4 Nurul Ihsan Bin Ibrahim
3/4 Nurul Izyani Binti Ibrahim
4/4 Fatin Hazirah Binti Ibrahim (Kembar Fatin meninggal beberapa hari selepas lahir)

Ilyani Binti Ibrahim kahwin Zainal Bin Abbas (Perak)

Nurul Ihsan Bin Ibrahim kahwin Farizan Binti Ali (Kg Kimanis, Papar)

Khadijah Binti Johari kahwin Mohd Nordin Bin Naim (Sabak Bernam, Selangor)
1/9 Nurul Hisyam Bin Mohd Nordin
2/9 Syahrul Nizam Bin Mohd Nordin
3/9 Khairul Azwan Bin Mohd Nordin
4/9 Syazwan Firdaus Bin Mohd Nordin
5/9 Farhanah Azureen Binti Mohd Nordin
6/9 Farhan Aizuddin Bin Mohd Nordin
7/9 Mohammad Faiz Bin Mohd Nordin
8/9 Farahin Hanani Binti Mohd Nordin
9/9 Farah Nabilah Binti Mohd Nordin

Nurul Hisyam Bin Mohd Nordin kahwin Dahlia Binti Daem (Johor)
1/1 Nur Dayana Dania Binti Nurul Hisyam

Hamidah Binti Johari kahwin Awang Tangah Bin Jaafar (Kg Pimping Membakut)
1/4 Nur Farahin Azzuanie Binti Awang Tangah
2/4 Mohamad Farid Ikhwan Bin Awang Tangah
3/4 Nur Amira Safwanah Binti Awang Tangah
4/4 Dg. Nur Hanani Nazirah Binti Awang Tangah

Ishak Bin Johari kahwin Manja @Jearah Binti Mohd Kamis (Kg Kelanahan, Papar)
1/9 Mohammad Izat Muizzuddin Bin Ishak
2/9 Mohammad Hamizan Anwar Bin Ishak
3/9 Syarifah Najihah Binti Ishak
4/9 Zulfadli Fauzi Bin Ishak
5/9 Afnan Hilmi Bin Ishak
6/9 Dayang Nadhira Syazana Binti Ishak
7/9 Syafiqah Izzati Binti Ishak
8/9 Zarkasya Fikran Bin Ishak
9/9 Putera Hisyam Bin Ishak

Mastia Binti Johari kahwin Yunus Bin Gapar (Sipitang)
1/4 Mohd Fairuz Zayyani Bin Yunus
2/4 Mohd Fareez Zawwani Bin Yunus
3/4 Muhammad Fauzan Nazreensyah Bin Yunus
4/4 Muhammad Fairozan Hazwansyah Bin Yunus

Khalid Bin Johari kahwin Dg Lamat Binti Laiman
(Binsulok) & Chandrawati Binti Jimrah (Sandakan)
1/8 Fathimatuz Zahroh Shofwah Mardhiyyah Binti Khalid
2/8 Aesyah Atiqah Ezzah Mardhiyyah Binti Khalid
3/8 Mutiara Atiqah Mardhiyyah Binti Khalid
4/8 Uweis Jauhari Ridha Bin Khalid
5/8 Abbas Hakeem Ridha Bin Khalid
6/8 Amani Nabilah Mardhiyyah Binti Khalid
7/8 Haykal Farid Ridha Bin Khalid
8/8 Umayra Mardhiyyah Binti Khalid

Suzanah Binti Johari kahwin Abd Sofian Bin Abd Ghani (Kg Melugus, Papar)
1/3 Dayang Adlyana Syazanna Binti Abd Sofian
2/3 Dayang Nur Adlyn Natasyah Binti Abd Sofian
3/3 Muhammad Aydiel Syaffian Syahnaz Bin Abd Sofian

Suryani Binti Johari kahwin Yusof Bin Ag Besar (Kg Sungai Padang, Papar)
1/3 Nur Syahira Sofyani Binti Yusof
2/3 Nur Syazweena Alwanny Binti Yusof
3/3 Nur Syakira Iwanny Binti Yusof

Shamsul Bahri Bin Johari kahwin Norhayati Binti Othman (Kuala Lumpur)
1/4 Dg. Nur'ain Asyiqin Binti Shamsul Bahri
2/4 Muhammad Danish Harith Bin Shamsul Bahri
3/4 Nur Ezza Azeera Binti Shamsul Bahri
4/4 Nur Aryssa Natasya Binti Shamsul Bahri