Saturday, July 4, 2009

Program Keluarga / Majlis Ilmu






Program bulanan keluarga "Majlis Ilmu" telah diadakan pada Jumaat, 3hb Julai 2009 bertempat di D Putih Villa, Kg Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu. Majlis dihadiri oleh Mama dan lebih 30 orang anak menantu dan cucu-cucu.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Tuan Haji Awang Tangah Bin Haji Jaafar diikuti dengan Bacaan Doa Selamat / Tahlil oleh YBhg Tuan Haji Ustaz Mohd Iyem Bin Atim. Seterusnya YBhg Ustaz memberikan tazkirah bertajuk "Taubat" sebagai pengisian untuk kaum keluarga yang hadir.

Sessi soal jawab mengakhiri tazkirah tersebut sebelum semua yang hadir menikmati jamuan malam yang disediakan secara potluck.