Wednesday, May 20, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 10

Walaupun melangkah ke usia 50 an
Usaha gigih diteruskan juga
Istilah rehat selaku pesara tidak dapat dilakukan
Anak bungsu baru belajar di tadika
Yang lainnya di sekolah rendah dan menengah

Dengan bantuan anak-anak yang berkerja
Sebuah kedai di Pantai Manis dibeli jua
Suami isteri berniaga di sana
Demi meneruskan kehidupan keluarga
Belanja persekolahan perlu disedia

Sebelum masuk waktu solat Subuh
Anak-anak dibangunkan untuk bersedia
Berwuduk untuk mengaji sama
Kemudiannya solat Subuh berjemaah
Itulah rutin harian sekeluarga

Demi mempastikan anak-anak berjaya
Ilmu akhirat dan ilmu dunia
Demi kasih mama dan bapa
Sebelum ke sekolah
Anak-anak dimestikan bersarapan sama
Seteko susu pasti ada

Semua dibekalkan dengan sebiji roti

Wang saku tidak terkecuali

Walau sedikit amat bermakna

Toyota Station wagon putih dipandu bapa

Menghantar anak-anak semua ke sekolah

Sunday, May 17, 2009

Gambar kenangan arwah Datuk dan mama
Datuk Dayang Nur Alam Binti Ag Buntar
mama Hjh Dg Fatimah Binti Hj Abbas

Arwah nenek lelaki dan nenek perempuan
Hj Abbas Bin Ebi
Hjh Dayang Hapipah @ Pipun Binti Kikil

Keturunan Arwah Bapa & Mama

Untuk rekod dan pengetahuan semua anak cucu/cicit ...

Sebelah Bapa, Johari Bin Abd Rahman:

> Awang Jair keturunan Brunei dan mempunyai 2 orang isteri:

Isteri pertama di Brunei, keturunan Brunei. Mereka mempunyai 3 orang anak iaitu:

1. Dayang Hamidah Binti Awang Jair
2. Awang Abd Rahman Bin Awang Jair
3. Awang Sarudin Bin Awang Jair

Isteri kedua di Sabah, keturunan Dusun Limputong Papar. Mereka mempunyai 5 orang anak iaitu:

1. Dayang Besar Binti Awang Jair
2. Dayang Hajar Binti Awang Jair
3. Dayang Adi Binti Awang Jair
4. Awang Sulaiman Bin Awang Jair
5. Dayang Fatimah Binti Awang Jair

> Awang Buntar keturunan Brunei beristeri keturunan Brunei. Mereka mempunyai 4 orang anak iaitu:

1. Awang Moksin Bin Awang Buntar
2. Awang Matusin Bin Awang Buntar
3. Dayang Mutiara Binti Awang Buntar
4. Dayang Fatimah Binti Awang Buntar

> Awang Abd Rahman Bin Awang Jair kahwin Dayang Mutiara Binti Awang Buntar. Mereka mempunyai 5 orang anak, iaitu:

1. Awang Sabudin Bin Awang Abd Rahman
2. Awang Ismail Bin Awang Abd Rahman
3. Dayang Zubaidah Binti Awang Abd Rahman
4. Dayang Aishah Binti Awang Abd Rahman
5. Awang Johari Bin Awang Abd Rahman


Sebelah mama, Dayang Fatimah Binti Abbas:

> Ebi keturunan Dayak (Kg Sibuti Sarawak) kahwin Sidam (nama Islam Aishah) keturunan Kadazan Papar. Mereka mempunyai 2 orang anak, iaitu:

1. Aman Bin Ebi
2. Abbas Bin Ebi

> Kikil Bin Orang Kaya Setia Bakar keturunan Acheh kahwin Dayang Nur Alam Binti Awang Buntar keturunan Brunei. Mereka mempunyai 6 orang anak, iaitu:

1. Dayang Uban Binti Kikil
2. Dayang Azizah @ Jijun Binti Kikil
3. Awang Osman Bin Kikil
4. Dayang Amit Binti Kikil
5. Dayang Hapipah @ Pipun Binti Kikil
6. Dayang Aishah @ Engson Binti Kikil

> Abbas Bin Ebi kahwin dengan Dg Hapipah @ Pipun Binti Kikil. Mereka mempunyai 4 orang anak, iaitu:

1. Dayang Fatimah Binti Abbas
2. Halimah Binti Abbas
3. Aminah Binti Abbas
4. Ahmad Bin Abbas


Keluarga Besar Johari:

Awang Johari Bin Awang Abd Rahman kahwin dengan Dayang Fatimah Binti Abbas. Mereka mempunyai 16 orang anak. Sila rujuk Rekod May 2009 mengenai KELUARGA JOHARI TIGA GENERASI

Friday, May 15, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 9

Suami isteri bersyukur tidak terhingga,
Ketika tubuh badan cergas dan kuat,
Telah melakukan Rukun kelima,
Keluarga pula semuanya selamat,
Doa dipohon di depan Kaabah,
Anak-anak berjaya, beriman dan sihat.

Sebelum mencapai umur 50 tahun,
Anak sulong dan ke 2 telah berkahwin,
Si suami mengambil keputusan,
Balik ke kampung halaman,
Meneruskan kehidupan seharian,
Sebagai pesara dan orang awam.

Si bungsu berusia 2 tahun setengah,
9 orang lagi di sekolah rendah dan menengah,
Mohd Yaakub anak kelima,
Sedang menuntut di luar negara,
Ditaja oleh Yayasan Sabah,
Anak ke 4 pun baru bekerja,
Graduan dari Institute Teknoloji Mara.

Walaupun kehidupan seharian susah,
Suami isteri meneruskan usaha,
Mengembeling tenaga bersama-sama,
Pencen pesara berapalah saja,
Anak-anak perlu pendidikan sempurna,
Demi keluar dari kemelut derita.

Anak-anak yang bekerja membantu sama,
Menghulurkan gaji bulanan kepada mama,
Demi adik-adik yang masih bersekolah,
Membantu sama untuk membuat rumah,
Untuk tempat berteduh keluarga,
Setelah bapa menjadi pesara.

Alhamdulillah,
Kakak-kakak bertimbang rasa,
Dengan ikhlas membantu keluarga,
Agar adik-adik sama berjaya,
Kemiskinan hidup perlu diubah,
Ke arah masa depan yang cerah.

Tuesday, May 12, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 8

Allah ada di mana-mana,
Memberi pada yang meminta,
Walau anak bertambah-tambah,
Berkat sabar, usaha dan doa,
Rezeki diberi melimpah ruah.

Di tahun 1973,
Suami isteri insaf dan redha,
Berpeluang mengerjakan rukun kelima,
Menjejakkan kaki ke Makkah dan Madina,
Allah maha berkuasa, bagai tidak percaya,
Kesempitan hidup, besarnya keluarga.

Tatkala datang lambaian Kaabah,
Dijemput menjadi tetamu Allah,
Dikala usia mereka mencecah,
45 tahun umur si isteri,
47 tahun pula si suami,
Menunaikan Fardhu Haji di tanah suci.

Demi memenuhi tuntutan agama,
Dengan azam tekad yang sama,
Si bungsu, Shamsul setahun setengah,
Tinggal Shamsul, tinggal semua,
Kedua ibu bapa si isteri datang ke rumah,
Membantu dan sama menjaga.

Anak ke 3, Hamsiah namanya,
Memikul tanggung jawab sepenuhnya,
Disamping nenek berdua,
Mempastikan adik-adik bersekolah,
Pergi dan balik selamat sejahtera,
Adik-adik yang kecil dijaga juga.

Di masa ketiadaan suami dan isteri,
40 hari di tanah suci,
Alhamdulillah, berkat Illahi,
Semua masaalah dapat diatasi,
Bayangkanlah adik-adik yang dilindungi,
10 semuanya, 7 perempuan dan 3 lelaki.

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allah maha besar, Allah maha besar.

Saturday, May 9, 2009

Program Keluarga / Majlis Ilmu

Sebagai satu daripada langkah-langkah untuk mengeratkan tali silatulrahim di kalangan keluarga besar Johari, program bulanan telah dirancang, iaitu Majlis Ilmu. Acara dimulai dengan Bacaan Yasin. dengan diikuti Bacaan Doa Selamat/Tahlil dan seterusnya Tazkirah untuk pengisian semua ahli keluarga. Ringkasnya, objektif-objektif program bulanan ini adalah seperti berikut:

> Meningkatkan mutu bacaan Yasin di kalangan ahli keluarga

> Meningkatkan ilmu pengetahuan di bidang Agama

> Merapatkan tali silatulrahim / mengeratkan ikatan kekeluargaan

Untuk rekod, program-program yang telah dijalankan adalah seperti yang disenaraikan:

1. 04 Disember 2008
Rumah Hjh Misliah / Hj Ibrahim
Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi
Tajuk Tazkirah: Persediaan Ke Alam Barzakh Siri 1

2. 19 Disember 2008
Rumah Hjh Hamidah / Hj Awang Tangah
Nur Ikhwani Villa, Kg Pandan-Pandan Putatan
Tajuk Tazkirah: Persediaan Ke Alam Barzakh Siri 2

3. 09 January 2009
Rumah Norhayati / Shamsul Bahri
Nur Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tajuk Tazkirah: Pemantapan Akidah Islamiah Siri 1

4. 14 February 2009
Rumah Hamsiah / Ramlee
Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi
Tajuk Tazkirah: Pemantapan Akidah Islamiah Siri 2

5. 21 March 2009
Rumah Norhayati / Shamsul Bahri
Nur Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tazkirah di tukar dengan Solat Tasbih

6. 03 July 2009
Rumah Lina / Ridzwan
D Putih Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tajuk Tazkirah: Taubat

Majlis diakhiri dengan semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan secara potluck. Semoga Allah sentiasa memberkati semua Majlis yang telah / akan dianjurkan, inshaAllah ..