Saturday, May 9, 2009

Program Keluarga / Majlis Ilmu

Sebagai satu daripada langkah-langkah untuk mengeratkan tali silatulrahim di kalangan keluarga besar Johari, program bulanan telah dirancang, iaitu Majlis Ilmu. Acara dimulai dengan Bacaan Yasin. dengan diikuti Bacaan Doa Selamat/Tahlil dan seterusnya Tazkirah untuk pengisian semua ahli keluarga. Ringkasnya, objektif-objektif program bulanan ini adalah seperti berikut:

> Meningkatkan mutu bacaan Yasin di kalangan ahli keluarga

> Meningkatkan ilmu pengetahuan di bidang Agama

> Merapatkan tali silatulrahim / mengeratkan ikatan kekeluargaan

Untuk rekod, program-program yang telah dijalankan adalah seperti yang disenaraikan:

1. 04 Disember 2008
Rumah Hjh Misliah / Hj Ibrahim
Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi
Tajuk Tazkirah: Persediaan Ke Alam Barzakh Siri 1

2. 19 Disember 2008
Rumah Hjh Hamidah / Hj Awang Tangah
Nur Ikhwani Villa, Kg Pandan-Pandan Putatan
Tajuk Tazkirah: Persediaan Ke Alam Barzakh Siri 2

3. 09 January 2009
Rumah Norhayati / Shamsul Bahri
Nur Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tajuk Tazkirah: Pemantapan Akidah Islamiah Siri 1

4. 14 February 2009
Rumah Hamsiah / Ramlee
Taman Pantai Lok Kawi, Lok Kawi
Tajuk Tazkirah: Pemantapan Akidah Islamiah Siri 2

5. 21 March 2009
Rumah Norhayati / Shamsul Bahri
Nur Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tazkirah di tukar dengan Solat Tasbih

6. 03 July 2009
Rumah Lina / Ridzwan
D Putih Villa, Kg Tanjung Aru Lama
Tajuk Tazkirah: Taubat

Majlis diakhiri dengan semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan secara potluck. Semoga Allah sentiasa memberkati semua Majlis yang telah / akan dianjurkan, inshaAllah ..