Monday, August 3, 2009

Kenduri Arwah - Ahad 2hb Ogos 09





Kenduri Arwah sempena bulan Syaaban telah diadakan pada Ahad 2hb Ogos 2009 bertempat di rumah mama.

Majlis bermula dengan Bacaan Yassin, yang dipimpin oleh Tuan Haji Awang Tangah Bin Haji Jaafar, iaitu suami Hjh Hamidah Binti Hj Johari. Bacaan Yassin tersebut disedekahkan khusus untuk semua ahli keluarga yang telah kembali ke Rahmatullah diakhiri dengan Bacaan Tahlil. Bacaan Tahlil juga telah disempurnakan oleh Tuan Haji Awang Tangah.

Semua yang hadir seterusnya dijemput untuk menikmati jamuan makan tengah hari dengan hidangan yang telah disumbangkan oleh setiap ahli keluarga Johari.