Monday, August 24, 2009

Majlis Berbuka Puasa Bersama Mama









Majlis Berbuka Puasa Bersama Mama pada Sabtu, 22 Ogos bersamaan 01 Ramadhan yang telah dijadualkan di Rumah Mama Kg Sungai Padang Papar telah berjaya menghimpunkan lebih 70 orang ahli keluarga besar Johari.

10 daripada 15 anak-anak mama bersama dengan keluarga masing-masing telah turut serta di Majlis tersebut. Walau sibuk dengan urusan seharian, peluang untuk Berbuka Puasa Bersama Mama dan ahli keluarga besar Johari digunakan sepenuhnya.
Semua ahli keluarga telah bersama-sama menunaikan Solat fardhu Maghrib, Isya dan solat sunat Terawih yang telah diimamkan oleh menantu mama yang ke 9, iaitu Ustaz Haji Awang Tangah Bin Haji Jaafar.

Sekaligus, kehadiran ahli keluarga telah memeriahkan suasana kerana Hari Jadi Mama Ke 81 juga telah diraikan sekali.