Thursday, May 7, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 5

Sandakan tempat beberapa kelahiran,
Sebelum melangkah ke tahun 1970 an,
4 cahaya mata, 1 lelaki dan 3 perempuan,
Keluarga bertambah bilangan,
Berbagai cabaran dan dugaan.

Demi keluarga yang tercinta,
Untuk anak-anak sempurna dewasanya,
Disamping berjualan kuih di kawasan rumah,
Menjahit baju mengambil upah,
Dibantu oleh 4 anak perumpuan yang ada,
Aishah, Saadiah, Hamsiah dan Shafiah.

Membuat tudung saji beranika rupa,
Dijadikan hiasan di dinding rumah,
Dijual dari rumah ke rumah,
Kg Sim-Sim hingga Bokara,
Si isteri bersama dengan anaknya,
Anak ke 4, Shafiah namanya.

Penghujung April 1970 menyaksikan,
Peristiwa sedih dan pilu kerana kepulangan,
Tanpa sebarang sakit dan penderitaan,
Anak ke 15, bayi comel perempuan,
Berkulit puteh kemerah-merahan,
Suraya meninggal di usia 4 bulan.

Tahun 1971 berlainan pula cabaran,
Pasangan menguruskan majlis perkahwinan,
3 April 1971 tarikh pernikahan,
Anak sulong, Aishah dan pasangan,
Majlis sepakat telah dijalankan,
Kg Buang Sayang Papar, tempat kelahiran.

Gembira mendapat menantu,
Keluarga tambah bahagia,
Anak bungsu lahir penghujung Oktober 1971,
Shamsul Bahri diberi nama,
Walau cahaya mata 15 bilangannya,
Kelahiran si bungsu amat bermakna.

Kasih sayang penuh dicurah,
Anak-anak lain dikasihi sama,
Agar menjadi insan berguna,
Suami isteri gandakan usaha,
Doa dipohon tanpa jemu dan lelah.