Friday, May 8, 2009

Liku-Liku Kehidupan / Bab 6

Di awal tahun 1972,
Musibah menimpa keluarga,
Anak ke 13, bernama Suzanah,
Sewaktu 4 tahun umurnya,
Semasa bermain di luar rumah,
Bersama dengan rakan sebaya.

Terjatuh diparit besar yang mengalir airnya,
Ke lautan luas yang ganas ombaknya,
Mujur Suzanah berbaju terang warnanya,
Merah jambu mudah kelihatannya,
Rakan berlari datang ke rumah,
Dalam takut mengkhabarkan berita.

Suzanah hanyut, dilambung ombak,
Si isteri meraung, menangis pilu,
Yang lain juga berlari anak,
Sambil berfikir apa yang perlu,
Demi menyelamatkan seorang kanak-kanak,
Daripada lemas,
Di lautan ganas.

Dengan berserah kepada Allah,
Memohon doa dalam tangisan,
Kebetulan si suami tiada di rumah,
Kerana bekerja di luar kawasan,
Seorang hamba Allah terjun ke lautan,
Menyelamatkan Suzanah dari tenggalam.

Anak ke 4, Shafiah diarahkan,
Ke pejabat bapa disuruh mengkhabarkan,
Melalui radio call sebagai penghubungan,
Keadaan Suzanah yang dalam kecemasan,
Dihantar ke hospital untuk diselamatkan,
Si suami balik dari luar kawasan,
Tergesa-gesa tanpa menunggu siang.

Sebuah keluarga seisi rumah,
Mengucap syukur ke hadrat Allah,
Suzanah selamat dari mala petaka,
Suami isteri mengingatkan semua,
Jauhi laut walau di mana,
Demi keselamatan se isi keluarga.